Saturday, 11 April 2015

Death By Chocolate Cake


Resepi Death by chocolate cake


Bahan-Bahan Death by chocolate cake


( loyang saiz 9" )


2 cawan gula ( kisar )


2 cawan tepung ( ayak )


3 biji telur grade A


1 cawan koko powder


1 cawan susu cair


1 cawan minyak ( boleh gunakan butter cair )


1 cawan air panas didih


1 tsp soda bikarbonat


1 tsp baking powder


1 tsp esen vanila


**untuk ganache**



2 cawan non dairy whipping cream

500g cooking chocolate

1/8 cwn golden syrup

>>untuk whipped cream

1 cawan non dairy whipping cream 
 



Cara Menyediakan Death by chocolate cake 



1) Tepung, koko powder, soda bikarbonat dan baking powder di ayak bersama-sama.

2) Pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila.

3) Masukkan susu dan minyak / butter cair dalam adunan. Kacau sebati.

4) Masukkan bahan-bahan yang diayak ( cara 1 ) ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.

5) Terakhir sekali, masukkan air panas. Kacau sehingga sebati..

6) Bakar selama 45 minit pada suhu 175-180 degree. Digalakkan kukus selama lebih kurang 1 jam.

**untuk ganache**

7) Dalam mangkuk kecil, didihkan whipping cream.

8) Bila dah didih, padam api. Masukkan cooking choc. Kacau sehingga sebati.

9) Tambahkan golden syrup.

10) Ambil 1 cawan ganache. Bakinya simpan di dalam peti sejuk.

11) Untuk whipped cream. Pukul 1 cawan whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cawan choc ganache yang di ambil daripada langkah seblum ini. Kacau sebati.

12) Kek yang dah siap. Di potong tengah-tengah. Sapukan dengan whipped cream dari step di atas. Kemudian lapiskan dengan kek yang separuh lagi. Sapu sehingga menutupi keseluruhan kek. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk, lebih kurang 30 minit.

13) Ambil kek yang dah disapu whipped cream tadi, sapukan pula dengan ganache yang kita dah simpan dalam peti ( rujuk pada langkah 11). Simpan semula dalam peti lebih kurang 30 minit..







No comments:

Post a Comment