Bahan-Bahan Pastri Tat Keju Bluberi
200g mentega / majerin
100g gula ising
1 bj telur
400g tepung gandum
1 cmt esen vanila
Cara Buat Pastri Tat Keju Bluberi
- Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati.
- Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut.
- Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan.
- Tekankan ke dalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega
- Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya.
- Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.
- Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
- Simpan di dalam balang sehingga diperlukan.
Bahan Inti Tat Keju Bluberi
250g krim keju ( cream cheese )
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 biji telur
6 cmb krim putar ( whipping cream )
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling
Cara Membuat Inti Tat Keju Bluberi
1) Pukul krim keju, mentega dan gula
2) Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
3) Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata.
4) Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan ke dalam kulit tat.
5) Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
6) Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
7) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.
Tip Masakan1. Anda boleh mencampurkan 1 cmb susu tepung ke dalam adunan pastri untuk memberikan rasa yang lebih lemak pada pastri. Cara ini lebih sesuai sekiranya anda menggunakan majerin untuk menjimatkan kos kerana rasanya seakan-akan anda menggunakan mentega.2. Biarkan mentega dan krim keju pada suhu bilik sebentar untuk memudahkan memukul adunan.3. Tat keju bluberi ini sesuai dijadikan produk jualan kecil-kecilan kerana pastrinya boleh disimpan lama. Bila pastri dah sedia ada, tempahan tat keju bluberi ini boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja.
No comments:
Post a Comment