Wednesday 18 March 2015

Apam Mekar Sunquick Coklat


Apam Mekar Sunquick Coklat


Bahan-Bahan Apam Mekar Sunquick Coklat 


( dalam 50 biji papercup kecik )


250 gm gula ( kurangkan kalau tidak mahu terlalu manis )

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

200 ml susu segar - kali nih guna air aiskrim soda ( boleh guna air revive )

300 gm tepung gandum

1 sudu kecil ovallate

1 sudu besar coklat emulco

1 sudu besar sunquick oren + pewarna oren

Pewarna ( ikut suka )

Acuan kertas ( paper cup ) secukupnya




 

 

Cara Buat Apam Mekar Sunquick Coklat 



1) Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

2) Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.

3) Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

4) Masukkan ovallate dan pukul lagi.

5) Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

6) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna seterusnya bahagikan kpd 3 bahagian).

7) Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan balikkan hingga warna sekata.

8) Masukkan setiap bahagian warna ke dalam piping bag yang berasingan (atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

9) Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.

10) Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup). 


Siap untuk dihidangkan sebagai minum petang ataupun sarapan. Bawak bekal pun boleh.:D..!



No comments:

Post a Comment