Bahan-Bahan Roti Sosej Rangup Berkeju
10 keping roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 biji telur ~ dipukul sedikit
Breadcrumbs / Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan Roti Sosej Rangup Berkeju
1) Gelek roti
hingga leper ( boleh buang kulit tepi jika suka )
2) Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 batang sosej.
3) Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur ( untuk melekatkan )
4) Gulung dengan kemas. Buat sehingga habis.
5) Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dengan telur yang dah dipukul sedikit tadi.
6) Golek-golekan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yang dah dipanaskan.
7) Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
8) Hidangkan bersama sos kegemaran seperti sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.
No comments:
Post a Comment