Sunday 22 February 2015

Popia Isi Ketam


Popia Isi Ketam


Bahan-Bahan Popia Isi Ketam

Kulit Popia

Jejari Isi Ketam

Air ( secukup )





Cara Menyediakan Popia Isi Ketam


1. Gulung jejari isi ketam dalam kulit popiah kemudian lekatkan dengan air.

2. Siap semua gulung, boleh digoreng.






Bahan-Bahan Sos Popia Isi Ketam


Air

Gula

Garam

20 batang - Cili Kering

2 batang - Cili Merah

4 ulas - Bawang Putih

5 sudu besar – Cuka

1 sudu besar - Tepung Gandum







Cara Menyediakan Sos Popia Isi Ketam


1. Gunting cili kering dan buang bijinya.

2. Blender semua bahan diatas dengan air secukupnya kecuali cuka garam dan gula.

3. Jerang bahan-bahan blender semua didalam periuk.

4. Tambahkan air, cuka, garam dan gula secukupnya dan didihkan sehingga cili benar-benar masak.












Tips Tambahan..



1. Cili merah tak perlu gunting dan buang bijinya.


2. Jangan rebus cili kering, dah gunting-gunting buang biji.. basuh kemudian terus jer blender dengan bahan-bahan lain.


3. Boleh kurangkan atau lebihkan cili mengikut citarasa.


4. Air juga ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan seperti mana yang kita nak.


5. Masak cili sampai masak betul, nak tahu dah masak ialah bila kita hidu, bau cili tu dah tiada.


6. Kalau rasa sos agak pekat boleh dicairkan dengan hanya menambah air sahaja.






No comments:

Post a Comment