Thursday, 26 February 2015

Resepi Air Halia





Bahan-Bahan Air Halia


700 ml air

1 inci halia tua

1 camca besar gula merah @ gula melaka

Gula pasir @ madu secukup rasa

Ais kiub secukupnya

Ais krim soda secukupnya ( jika mahu )






 

Cara Buat Air Halia


  1. Halia dibuang kulit dan hiris nipis-nipis. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan gula merah, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula hancur. Matikan api dan biar suam. Tapis ke dalam bekas sesuai.

  2. Tambah gula atau madu secukup rasa. Untuk hidangan sejuk, letak ais kiub dalam gelas, tuang ais krim soda anggaran 50 ml dan tuang air halia memenuhi gelas. Hidangkan sejuk.

  3. Untuk panas, anda boleh panaskan semula air halia tadi atau hidangkan suam-suam tanpa mencampur ais krim soda tadi. Selamat mencuba!.







Tip Air Halia

1. Untuk minuman Air Halia yang sejuk, jika anda suka boleh tambah sedikit minuman ice-cream soda, dalam anggaran tidak terlalu banyak..
 2. Air Halia Panas, tak perlu letak soda, nikmatinya begitu saja.. Kalau anda nak letak madu pun boleh. Tiada masalah, yang penting jangan letakkan gula pasir. Jikalau memilih madu.. Tahap kemanisan bergantung pada citarasa sendiri, sikit-sikit okey lah..:)




No comments:

Post a Comment