Monday, 2 February 2015

Resepi Cakoi Pasar Malam


Resepi Cakoi Sedap


Sekali- sekala dapat makan cakoi banyak-banyak memang sedap...






cara membuat cakoi




Bahan-Bahan Resepi Cakoi 



1 kg Tepung Gandum

11 g Yis Segera Mauripan (1 pkt)

1 biji Telur

3 cmb Gula

3 cmt Garam

6 cmb Baking Powder

650 – 750 ml Air

½ cwn Minyak Masak

Minyak Masak yang banyak untuk menggoreng

Tepung gandum untuk ditabur







 

Cara Membuat Cakoi Sedap


  1. Campurkan yis segera dan baking powder bersama tepung gandum dan gaul rata. 

  2. Kacaukan gula, garam dan telur ke dalam air sehingga larut. 

  3. Campurkan campuran tepung dan campuran air tadi sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan senduk sehingga mendapat adunan yang sangat lembik. 

  4. Masukkan pula minyak masak dan kacau sehingga adunan berkilat dan minyak tergaul sebati.

  5. Tutup adunan dan biarkan mengembang sekurang-kurangnya 4 jam. 

  6. Setelah kembang, kacau sedikit lagi adunan untuk mengeluarkan udara dan biarkan mengembang setengah jam lagi sebelum boleh digunakan.

  7. Taburkan tepung gandum diatas meja menebar. Ambil sedikit adunan, dan taburkan lagi tepung diatasnya supaya doh tidak melekat. 

  8. Leperkan menggunakan penggelek menjadi bentuk memanjang setebal ½ -1 cm dengan lebar lebih kurang 10 cm. 

  9. Potong adunan kepada beberapa bahagian selebar 2 – 3 cm. 

  10. Gunakan lidi yang dibasahkan dengan air dan sapukan air pada adunan yang siap dipotong tadi. Satu garisan sudah mencukupi. 

  11. Pasang-pasangkan adunan dengan menindihkan 2 doh. Garisan air tadi akan melekatkan dua adunan tadi. Tekan sedikit supaya ia melekat kuat. 

  12. Panaskan minyak masak yang banyak dengan api sederhana.

  13. Ambil satu adunan yang telah dipasangkan, tarik supaya ia menjadi panjang 2 kali ganda. Gorengkan dalam minyak panas sehingga kekuningan. 

  14. Angkat dan tuskan dengan meletakkan cakoi dalam keadaan berdiri. Sedia dihidangkan dengan sos cili.













Tip Masakan Komersial.

1) Telur bertujuan untuk memberikan rasa kepada cakoi dan minyak masak pula untuk merangupkan permukaan luar.

2) Sewaktu mencampurkan minyak kedalam adunan, kacaukan adunan dengan laju supaya gluten didalam tepung dapat bersimpul. Ini membolehkan adunan menjadi lebih kenyal dan boleh ditarik panjang sekaligus rongga cakoi lebih besar.


3) Jika di China atau Jepun, mereka gemarkan cakoi yang manis berbanding pedas. Ada yang menyalut dengan gula dan kulit kayu manis seperti donut. Ada juga yang mencelup cakoi dengan coklat. Terpulang kepada anda untuk membuat kelainan.





No comments:

Post a Comment