Wednesday, 4 February 2015

Resepi Kuih Kaswi


Resepi Kuih Kaswi Mudah






Bahan-Bahan Kuih Kaswi 

 

( Loyang bulat 30cm )

 

BAHAN A


350 g gula melaka ( boleh guna 300 g )


240 g gula pasir


450 ml air


2 helai daun pandan, disiat dan simpul 
 



BAHAN B


190 g tepung gandum*


120 g tepung ubi*


60 g tepung beras*(*disatukan dan diayak )


900 ml air


2 camca besar air abu ( alkaline water )


3/4 camca besar air kapur


1 camca besar pewarna coklat






BAHAN C


1 cawan kelapa parut putih


Secubit garam

 


Cara Menyediakan Kuih Kaswi



1) Satukan bahan-bahan A dan masak atas api sederhana hingga semua larut. Sejukkan..

2) Bahan-bahan B satukan dalam satu bekas. Kacau rata dengan wisk.

3) Satukan ''cara menyediakan'' no1 dan no2. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.

4) Kukus 40 - 45 minit atas air mendidih. Balut tutup kukus dgn kitchen towel. Jika lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih. Letakkan paper towel (yang baru) dan biar ia terserap. Angkat perlahan hingga kering. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama bahan C.






Tip masakan : Jika buat separuh dari resipi diatas, boleh guna loyang / tin kek berukuran (8 x 8 x 3) inci dan jika suka boleh juga dikukus dalam acuan apam yang comel-comel tu, dan jangka masa mengukus 10 - 12 minit untuk bekas-bekas cml tu. Harap maklum.. 



No comments:

Post a Comment