Saturday, 21 February 2015

Kuah Yong Tau Fu Sedap


Resepi Kuah Yong Tau Fu


 

Bahan-Bahan Kuah Yong Tau Fu 

( 5-6 orang )



10 tangkai cili kering


Gula melaka atau kurozato


Bijan goreng


Gula ( kalau kurang manis )


1 s.k garam


3 cm belacan


300 ml air


1 sudu besar minyak


1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dengan 50 ml air


Sedikit ajinomoto








Cara Menyediakan Kuah Yong Tau Fu 


  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. 

  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dengan sedikit air. 

  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.

  4. Selepas mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 

  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula ( jika gula melaka kurang manis ). 

  6. Penting sekali, masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain. Lebih senang dan sedap menyediakan dari membeli di luar.:)




No comments:

Post a Comment