Bahan Cekodok Ikan Bilis ( 3-4 orang )
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar olive oil ( minyak masak jenama lain pun ok )
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar- hiris
1/2 bawang besar- hiris
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan Cekodok Ikan Bilis
- Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
- Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit-sikit adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
- Goreng sehingga warna kelihatan kuning / perang.
Tip : Boleh guna air didih untuk dapatkan cekodok yang lebih lembut~: Cicah sos cili pilihan masing-masing atau sos cili JALENkalau nak lebih adventure anda boleh campur sos cili dengan mayonnaisedan kacau rata-rata. Sedia nikmatinya.!
No comments:
Post a Comment