Tuesday 6 January 2015

Resepi Waffle


Resepi Waffle

waffle bersama ice cream----> yummy-yummy! 






Bahan-Bahan Resepi Waffle


2 biji telur

3/4 cawan susu segar

2 sudu makan minyak mazola

1 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu kecil baking powder

1 1/2 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam





 

Cara Membuat Waffle


1. Pukul telur sehingga kembang. Kemudian campurkan susu dan semua bahan-bahan di atas dan kacau sehingga sebati.

2. Panaskan waffle maker. 3 minit untuk setiap sisi. Boleh menggunakan waffle maker yang dibakar di atas api dapur gas jenama nordic ware. ( cara masak bergantung kepada jenis waffle maker anda )

3. Apabila waffle maker telah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya dan kemudian tutup. Apabila telah kekuningan, angkat waffle tadi dengan menggunakan garfu.

4. Siap untuk dihidang! Waffle ini boleh dihidang dengan menambahkan topping kegemaran anda seperti madu, coklat, peanut butter, jem, ice cream dan sebagainya. Ikut kreativiti dan kegemaran masing-masing.






 
Dan ini pula waffle with peanut butter plus chocolate syrup 

Cara Menyediakan Waffle




 
Rasanya malam ini tak jadilah nak makan di luar. Melihat Resepi Waffle sudah membuatkan kita mahu memakannya sehingga licin. :)







No comments:

Post a Comment