Monday, 29 December 2014

Resepi Ayam Masak Merah ❤


Cara Buat Ayam Masak Merah




Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Merah



½ ekor Ayam

1 cmt Serbuk Kunyit

1 kuntum Bunga Lawang

1 cm Kulit Kayu Manis

2 biji Buah Pelaga

3 kuntum Bunga Cengkih

1 biji Bawang Besar

3 ulas Bawang Putih

1 inci Halia

1 btg Serai

½ inci Lengkuas

20 tangkai Cili Kering

3 cmb Sos Cili

2 cmb Air Asam Jawa

2 cmb Gula Pasir

Minyak masak untuk menggoreng dan menumis.

Garam




 

Cara Membuat Ayam Masak Merah 

 



1) Ayam dipotong dan dibersihkan. Perapkan dengan garam dan kunyit.


2) Panaskan minyak masak dan gorengkan ayam sehingga masak. Tuskan dan ketepikan.


3) Cili kering direndam dan dikisar halus. Bawang besar dan bawang putih di hiris. Halia dan lengkuas di cincang. Boleh juga dikisar bersama cili kering. Serai di ketuk.


4) Panaskan ¼ cwn minyak masak. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengki,h buah pelaga dan serai sehingga naik bau.


5) Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan lengkuas. Tumis sehingga layu.


6) Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing dan berkilat.


7) Tambah sos cili dan perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.


8) Apabila masakan menjadi sedikit pekat, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul rata.


9) Masak sebentar sahaja lagi untuk memanaskan ayam dan bolehlah dihidangkan bersama nasi putih, nasi beriani, atau nasi minyak. :)





Penyediaan Ayam Masak Merah








Tip Masakan

Teknik menggoreng ayam masih sama iaitu menggunakan api yang sederhana besar agar jusnya dapat dikekalkan bahagian luarnya garing. Tetapi pastikan ayam masak sepenuhnya dan tidak hangus. Ayam yang digoreng begini tidak kering dan kita akan dapat perbezaannya terutama pada bahagian dada.




No comments:

Post a Comment