Sunday, 7 December 2014

Kuih Bingka Pandan


resepi kuih bingka pandan kukus






Untuk resepi Bingka Ubi Kayu boleh klik disini


Bahan-Bahan Membuat Kuih Bingka Pandan


3 biji telur

1 cawan air + sedikit pandan emulco + pewarna hijau 2 sudu kecil

200 ml susu sejat / susu cair ( dalam tin )

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan gula

1 sudu kecil garam

2 sudu besar butter yang telah dicairkan







 

Cara-Cara Membuat Kuih Bingka Pandan

 


1. Dalam mangkuk yang sama, masukkan telur, air, gula, garam dan butter. Pukul dengan hand mixer atau blend kan semua bahan tersebut.

2. Kemudian masukkan susu cair dan tepung gandum, gaul sebati menggunakan whisk.

3. Tapiskan adunan tersebut.

4. Panaskan loyang yang telah disapu sedikit minyak dan sedikit butter.

5. Apabila loyang tersebut sudah panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu 175c selama 1 jam atau sehingga kuih tersebut masak dan ada lapisan hitam diatasnya.

6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. ^^




No comments:

Post a Comment