Monday 14 July 2014

Resepi Bingka Ubi Kayu ❤

resepi kuih bingka ubi kayu
 


Kuih Bingka Ubi Kayu bukan sahaja dihidangkan ketika minum petang, (malahan time-time berbuka :)). Kuih yang sentiasa menjadi pilihan utama bagi setiap keluarga~ 








Bingka Ubi Kayu

 

 

Bahan-Bahan Bingka Ubi Kayu



  • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 minit utk buang airnya.

  • 2 cawan santan.

  • 2 biji telur.

  • 1 cawan gula pasir.

  • 4 sudu makan minyak jagung untuk campur dalam adunan - *ganti dengan butter cair pun boleh, lagi sedap.

  • Secubit garam.

  • Sedikit pewarna kuning.

  • 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang.




 



Cara Membuat Bingka Ubi Kayu



  • Panaskan oven pada tahap 150 darjah Celcius selama 10 minit.

  • Campurkan semua bahan sehingga sebati.

  • Tuangkan ke dalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi.

  • Bakar adunan ini selama 1 jam atau sehingga masak pada suhu 150 darjah Celcius.

  • Sejukan dahulu dan baru dipotong....~:)








penyediaan bingka ubi kayu


Bingka di dalam loyang, sedia untuk dipotong^^..





No comments:

Post a Comment