cara-cara menyediakan pancake sedap yang dibuat sendiri oleh saudari sariyusa.~
Bahan-Bahan ( lebih kurang 8 biji )
- 115g Tepung Gandum
- 1 sudu kecil ( 5ml ) Soda bikarbonat
- 1 sudu kecil ( 5ml ) Krim tartar
- 25g mentega
- 1 biji Telur
- 150ml Susu Segar
- 1 sudu besar Gula
- Secubit Garam
Cara Menyediakan Pancake Sedap
2) Dalam mangkuk lain, campurkan telur, susu segar, gula dan garam, pukul sedikit.
3) Buatkan lubang di tengah-tengah bahan yang diayak tadi. Tuangkan campuran susu ( no.2 ). Pukul guna hand whisk sehingga sebati.
4) Panaskan kuali 'non-stick'. Lengserkan dengan sedikit sahaja minyak. Tuangkan satu senduk kecil adunan dan biarkan ianya melebar sendiri. Buih-buih kecil akan terbentuk di permukaan adunan. Biarkan sehingga buih-buih itu pecah, barulah diterbalikkan ke bahagian sebelahnya.
5) Biarkan masak sebentar dan enak dinikmati panas-panas bersama madu atau sirap pancake berserta mentega. Makan dengan aiskrim pun boleh juga. :)
Inilah rupa buih-buih yang terbentuk
ketika pancake dimasak. Tunggu sehingga pecah semuanya barulah
diterbalikkan^^.
No comments:
Post a Comment