Bahan-Bahan Nasi Ayam Madu ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
Sehelai daun pandan
2 kiub ayam
Madu
Kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
Sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
Hiasan
Daun bawang
Daun sup
Bawang goreng
Daun salad / timun
Daun sup
Bawang goreng
Daun salad / timun
Cara Menyediakan Nasi ayam madu
- Bersih ayam. Potong mengikut kesukaan.
- Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang.
- Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak sehingga ayam menjadi masak.
- Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
- Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak yang penuh.
- Bagi penyediaan sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam yang disediakan tadi
Siap, sangat berbaloi mencubanya.~
No comments:
Post a Comment