Sunday, 9 November 2014

Jelly Limau Kasturi


Resepi Jelly Limau Kasturi




Resepi ini bagi sukatan untuk majlis besar seperti Open House. Kepada yang teringin mencuba dan mempunyai keluarga yang agak tidak ramai, cuba lah adjust resepi ini supaya sesuai dengan jumlah keluarga dan bagi mengelakkan pembaziran. ^^




Bahan Jelly Limau Kasturi


1 peket agar-agar cap burung layang-layang (white colour)

3 liter air

1 kg gula pasir

1 tin buah-buahan campuran dalam tin

20 biji limau kasturi

Ketulan ais









Cara Menyediakan Jelly Limau Kasturi



1) Masak agar-agar dengan air sehingga larut.

2) Setelah agar-agar larut masukkan gula biarkan sampai ia mendidih.

3) Setelah didih tutup api dan tuangkan dalam bekas atau loyang.

4) Setelah sejuk dan mengeras, dicincang-cincang dengan halus.

5) Letakkan dalam bekas kaca besar, campurkan dengan buah-buahan campuran. Letakkan ais, perahkan limau kasturi dan masukkan sekali kulit limau tersebut.







Minuman Jelly Limau Kasturi

Siap untuk dihidangkan...






No comments:

Post a Comment