Monday, 3 November 2014

Kek Cheese Bersalji


Resepi Kek Cheese Bersalji






Resepi Kek Cheese Bersalji


Resepi : Sherry mz@MyR


Sumber: Kzai@Teratakimpian





Kek Cheese Bersalji


6 biji telur ayam ( buang 2 putihnya )

100 gram gula halus

100 gram tepung hong kong ( blue key superfine atau shelf raising flour boleh juga ) 

60 gram tepung jagung ( maizena )

50 gram air sejuk (dari peti ais )

1 sudu teh baking powder ( tak letak pun takpe )

2 sudu makan ovelet

75 gram mentega ( dicairkan )



#UNTUK KRIM


1 kotak cream cheese philadelphia

1/2 tin susu pekat manis- boleh letak 1 cawan ( satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul)


#UTK TOPPING


1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 






 


Cara Menyediakan Kek Cheese Bersalji



1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih. Akhir sekali masukkan mentega cair, putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit hingga 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.










Penyediaan Kek Cheese Bersalji


Siap~~





No comments:

Post a Comment