Wednesday 9 July 2014

Caramel Cheesecake♥♥♥

Resepi Caramel Cheesecake

Caramel Cheesecake hidangan yang sesuai untuk seisi keluarga.







Resepi Caramel Cheesecake 

 

 


Bahan-Bahan Caramel Cheesecake ( 18cm )





Krim


-250g cream cheese - suhu bilik

-3 biji telur

-1cawan(200ml) sour cream

-1cawan(200ml) fresh cream

-120g gula

-2 sudu besar corn starch

-Beberapa titik vanila esen



Lapisan bawah 

 


-100g biskut marie/ graham cracker

-50g butter(cairkan)

Caramel


-1/4 cwn(50ml) fresh milk

-80g gula




 

Cara Menyediakan Caramel Cheesecake  

 


  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur, masukkan juga butter dan ramas sehingga jadi berketul.

  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi. 

  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan.

  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula, esen vanila, sour cream, telur, corn starch, fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehingga menjadi bentuk krim.
  1. Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
  1. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dengan meletakkan air suam di dalam dulang. 









    cara buat caramel cheesecake


    Sedap bukan~~~

 




























No comments:

Post a Comment