Saturday 5 July 2014

Kuih Seri Muka❤


resepi kuih seri muka


Kuih Seri Muka, resepi warisan turun temurun dari keluarga. Seri muka adalah makanan tradisi yang popular terutamanya di bulan Ramadan dan bulan biasa, dijadikan juadah istimewa untuk berbuka puasa^^




 Resepi Kuih Seri Muka





 
Lapisan Bawah:

2 cawan pulut

2 1/2 cawan santan cair ( gunakan 1 1/2 cwn je..)

Sedikit garam




Cara Menyediakan Lapisan Bawah:

1) Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2) Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3) Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.

4) Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5) Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.




Lapisan Atas:

2 cawan santan pekat

1 cawan jus pandan + warna hijau

3/4 cawan gula

3/4 cawan tepung gandum

1/4 cawan tepung kastad

1 biji telur

1 sudu kecil garam




Cara Menyediakan Lapisan Atas

1) Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.

2) Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.

3) Kukuskan lebih kurang 30 minit.







**Untuk adunan ini masak sebentar di atas api perlahan sehingga berwap sahaja dan tuangkan di atas lapisan pulut tadi. Kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.. siap pun :)







No comments:

Post a Comment