Wednesday 26 March 2014

Resepi Kek Russian Black & White Chocolate



kek Russian Black White Coklat


Kek Russian Black & White Chocolate dikategorikan sebagai kek yang mewah. Mewah dengan rasa coklat kerana menggunakan kek coklat moist sebagai kek span asas. Kek yang sangat gebu ini juga penuh dengan rasa cheese. Anda pasti merasai keenakannya. 



Bahan-bahan Kek Russian Black & White Chocolate 



`170g tepung superfine*

`1 sudu kecil baking powder*

`1 sudu kecil soda bikarbonat*

`1 tin susu cair (400g)

`100g serbuk koko

`200g minyak jagung @ minyak masak

`250g susu pekat

`250g gula halus

`5 biji telur - blend 5 minit




 

Cara menyediakan




1) Ayak ketiga-tiga bahan bertanda* di atas tepung superfine, baking powder dan soda bikarbonat.

2) Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul-ketul.) Angkat.

3) Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.

4) Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (guna hand whisk)

5) Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit (sehingga masak)

6) Sejukkan.


 

RESEPI COKLAT GANACHE

 


`200ml whipping cream (dairy)


`500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)


`1 sudu besar air panas


`2 sudu besar sirap glukos


`2 sudu besar butter


 

Cara-cara menyediakan

 

1) Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.

2) Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.

3) Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.


 

RESEPI CREAM CHEESE



`500g creamcheese

`1 cawan butter lembut

`1 cawan gula aising

`1 peket cofffee 3 in 1 (guna separuh je pun boleh)


Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.
  

 




CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

 
 
1) Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.

2) Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli (seperti gambar di atas).

3) Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.

4) Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

5) Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.




penyediaan Russian Black and White coklat kek


Boleh cuba di rumah^-^





credit to : linapg.blogspot.com

No comments:

Post a Comment