Thursday 27 March 2014

Sirap Bandung Soda

penyediaan air bandung soda


Sirap Bandung Soda memang sedap kalau dihidangkan ketika dahaga...Fuhh!!!



Bahan-Bahan Sirap Bandung Soda



-1/4 cawan ibu sirap.

-Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) / kuantiti gula mengikut citarasa masing-masing.

-3/4 tin susu cair (boleh menggunakan susu sejat IDEAL, kalau nak guna susu sejat segar pun boleh^^)

-3/4 jug kuib ais.

-1/2 tin ice cream soda (kalau nak letak 3/4 tin pun boleh, lagi bagus)




 

Cara Membuat Sirap Bandung Soda

  

1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais.

2. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

3. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun boleh.

4. Tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.^^





resepi air bandung soda


 SIAP.


PSS: Resepi Sirap Bandung Soda ini untuk 1 jug sirap, kalau nak lebih pandai-pandai lah kita adjust kuantiti bahan tu yer, bergantung pada berapa gelas air bandung soda yang ingin kita buat. ≥Ö‿Ö≤

 






No comments:

Post a Comment