Thursday, 1 August 2013

Biskut Almond London❤



Hai apa khabar kepada semua follower-follower blog buat kuih raya?? diharapkan semua follower sihat-sihat sekali.

Hari ini Irfan ingin menyediakan biskut Almond London...





Sememangnya almond london ini merupakan salah satu biskut raya yang wajib dihidangkan ketika di musim perayaan. Kebanyakan bila tetamu kita pandang jer biskut Almond London ini pun dah buat mereka rasa nak habiskan jer...


Ramai yang mengatakan dekat Irfan buat biskut almond london ini sangat ler sukar.. Sebenar, buatnya tidak ler sesukar mana berbanding kita membelinya di kedai hehehe (gerenti habis bajet ;))...(buatnya sangat mudah, seperti biskut-biskut kuih raya yang lain..)





Okey mula ambil pen dan kertas untuk catatkan resepinya..




Bahan-Bahan Biskut Almond London  ( Anggaran 150 biji )


  • 250 gm mentega 
  • 125 gm gula halus 
  • 1 biji telur 
  • 1 tablespoon esen vanila 
  • 50 gm serbuk badam 
  • 200 gm tepung jagung 
  • 300 gm tepung gandum 
  • 2 sudu tepung beras 
  • 1 tablespoon baking powder 
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak
  • 50 gm badam cincang (untuk hiasan
  • 70 gm compound coklat 




Cara Menyediakan Biskut Almond London 


    1) Pukul mentega dan gula hingga kembang. 

    2) Masukkan telur serta esen vanilla. Pukul lagi. 

    3) Masukkan serbuk badam dan kacau. 

    4) Ayak bersama tepung jagung, tepung beras dan baking powder.

    5) Gaulkan bersama adunan tadi.
     
    6) Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. 

    7) Bentukkan doh menjadi bulat kecil/lonjong. *Jangan lupa untuk masukkan kacang badam di dalamnya. 

    8) Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan sedikit mentega.
     
    9) Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau sehingga masak. 

    10) Sementara menunggu, cairkan compound coklat dengan kaedah "double-boil". 

    11) Kemudian, masukkan biskut tadi ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat masak menggunakan paip.

    12) Setelah itu, taburkan badam cincang ke atasnya sebagai hiasan

    13) Biarkan ia kering~.





      Siap, boleh dihidangkan... ;)







      1 comment:

      1. Really works well your receipe.
        I tried first time of doing cookies, delicious.
        Thank you.

        ReplyDelete