Wednesday 17 July 2013

Cara Buat Biskut Coklat Chips

Hai apa khabar semua follower-follower blog Irfan,, diharapkan semua sihat sekali yer...Hari ini Irfan ingin menunjukkan cara buat Biskut Coklat Chips...Semua orang tahu cara buat biskut coklat chips ini tidaklah sesukar mana dibandingkan kalau kita membelinya di kedai...hehehe... Gerenti abis duit kita kalau beli di kedai...Ye ler sekarang ini kita perlu berjimat-cermat maklumlah sekarang ini kan musim perayaan huhuhu..

Cara Buat Biskut Coklat Chips




 Sekarang mula ambil pen dan kertas yer untuk mencatat resepinya..

Bahan-bahan Buat Biskut Coklat Chips ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )

  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara Buat Biskut Coklat Chips


  • Ayak kedua-dua tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tetapi jangan sampai hangus. 
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua-dua gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Choc_chip_cookie_1

    Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Choc_chip_cookie_2
     Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pada kepanasan oven masing-masing). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, kemudian alihkan ke atas rak <redai kuih> supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pada kreativiti masing-masing jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu yer) sebagai bahan tambahan.. tak mahu letak pun tak pe, cukup dgn coklat chips sahaja.... Selesai...(sila kemas balik dapur yer hehehe)

Mudah bukan cara buat biskut coklat chips ini??


Macam biasa ler...di sini Irfan ingin promosikan buku panduan buat biskut raya dari Puan Joriah Nordin...Harganya pun tidak mahal hanya "RM 20" berbanding hasil yang kita dapat dari buku panduan kuih raya tersebut..


Berbekalkan pengalaman hampir 20 tahun yang merangkumi perniagaan bakeri dan kelas masakan milik sendiri membuatkan Puan Joriah Nordin ini bertekad untuk mengajar cara-cara dalam membuat biskut kuih raya..

Irfan juga mendapat tahu ramai yang berlumba-lumba dalam mendapatkan buku panduan kuih raya milik Puan Joriah Nordin ini.. Malah cara yang diajar dalam membuat biskut kuih raya dari A hingga Z sangat mudah dan berkesan..

Apa tunggu lagi boleh dapatkan SEKARANG sebelum terlambat....dapatkan di bawah ini (jangan cakap Irfan tidak beritahu Panduan Rahsia Buat Biskut Raya ini yer..)


No comments:

Post a Comment