Wednesday, 17 June 2015

Resepi Bubur Lambuk


Resepi Bubur Lambuk Ala Kampung Baru


Sempena bulan puasa yang akan tiba tidak lama lagi. Irfan terfikir-fikir, apakah hidangan yang sesuai yang patut dihidangkan ketika menyambut kedatangan bulan ramadhan yang mulia ini.. Setelah lama terfikir-fikir, Irfan terfikir resepi yang pasti menjadi kegemaran setiap sekeluarga... Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentu menu utama ketika bulan puasa.. Bubur Lambuk..

Tidak lengkap rasanye bubur lambuk tidak dihidangkan, bersama-sama sebagai juadah ketika berbuka. :)




Bubur Lambuk Ala Kampung Baru



 

Bahan-Bahan Bubur Lambuk Ala Kampung Baru 

 

2 cawan beras ( basuh dan toskan )
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging ( potong kecil )
2 batang serai ( diketuk )
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
garam
air

Bahan tumbuk.
6 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

Bahan rempah ( goreng kering dan mesin halus )
1 s/t jintah putih
1 s/k ketumbar
1 s/k lada sulah
1 s/k lada hitam

Bahan hiasan ( mayang )
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng





 

Cara Buat Bubur Lambuk Ala Kampung Baru


1. Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.

2. Masukkan rempah tumis, bahan rempah dan daging. Biarkan sehingga naik minyak.

3. Masukkan beras, serai dan air. Biarkan sehingga beras hancur dan daging lembut.

4. Bila dah beras nampak pecah, masukkan santan dan rasakan garam.

5. Bila sudah masak, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan..




No comments:

Post a Comment