Saturday, 27 June 2015

Kuih Cucur Badak


Resepi Kuh Cucur Badak


Bahan Kuih Cucur Badak


Untuk inti:

½ biji kelapa parut

100 gram udang kering ( rendam dan kisar )

1 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

7 tangkai lada merah

1 cm halia

1 batang serai

1 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu makan gula

½ sudu teh garam

2 sudu makan minyak masak



Untuk doh:

250 gram keledek ( rebus dan lenyek )

3 ½ sudu makan tepung gandum

½ sudu teh garam

½ kg minyak masak ( untuk menggoreng )






 

Cara Buat Cucur Badak

 


Untuk inti:

1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak sehingga menggelegak.

2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.


Untuk kuih:

1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf, bukan bola sepak yer ( nanti .. Isikan inti di tengah tengahnya.

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.



No comments:

Post a Comment