Bahan-Bahan Kuih Layang-layang Kulit Popiah
( Banyak tak terkira )
Secukup kulit popiah
Minyak untuk menggoreng
Secukup gula kastor
Sedikit tepung gandum dicampur sedikit air untuk dijadikan pelekat
Cara Buat Kuih Layang-layang Kulit Popiah
1) Ambil sekeping
kulit popiah dan gulung hingga ke hujungnya. Ambil sedikit pelekat dan
sapu hujungnya supaya tidak terbuka semula. Jangan gulung terlalu
ketat kerana ia akan menyebabkan kuihnya keras.
2) Bagi memudahkan
menggulung kulit popiah, ambil lidi satay, letak diatas kulit popiah
dan gulung. Tarik keluar lidi setelah digulung. Buat sehingga kulit
popiah habis digulung.
3) Setelah itu
gunting-gunting dalam bentuk serong kulit popiah yang sudah digulung.
4) Goreng terendam
dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Sejukkan sedikit
kemudian golekkan di atas gula kastor. Simpan di dalam bekas kedap
udara.. Selamat mencuba. :)
No comments:
Post a Comment