Friday, 22 May 2015

Resepi Baked Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberry Bakar)


resepi blueberry cheesecake kukus

Bahan-Bahan Baked Blueberry Cheesecake

(loyang springform / loose pan bulat saiz 7" atau 8")



100g biskut marie
dihancurkan ( atau guna biskut oreo )


100g butter, dicairkan 
( kalau guna oreo, guna 50g butter sahaja )


*Gaul rata biskut dan butter 
dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat

Bahan Cream Cheese


250g cream cheese, suhu bilik


65g whipping cream @ fresh cream


30g gula kastor


3 kuning telur Gred A


1/2st esen vanila


1/2st jus lemon atau lemon oil atau limau kasturi


30g gula kastor


3 putih telur Gred A


1/4st cream of tartar ( pilihan )


200g blueberry filling 
 



Cara Buat Baked Blueberry Cheesecake ( Kek Keju Blueberry Bakar )



  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dengan belakang sudu. 

  2. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana. 

  3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut. 

  4. Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku. 

  5. Kaup balikkan meringue ( nama putih telur yang dipukul kembang tu ) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan. 

  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja ( hentak dari paras siku ) untuk keluarkan buih-buih yang besar. 

  7. Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie / water bath / steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang diputarkan. 

  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya. 

  9. **Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.


resepi blueberry cheesecake non bake

 
 

No comments:

Post a Comment