Tuesday 21 April 2015

Aiskrim Goreng


Bahan  Aiskrim Goreng

Bahan-Bahan Aiskrim Goreng


Credit photo to : dzanariahblogspot

10 keping roti putih

5 scope aiskrim ( apa-apa perisa )

Plastik wrap ( untuk balut roti )

Minyak

 

 

Cara Buat Aiskrim Goreng



1) Lembabkan roti dengan air / gelek jer roti tu..

2) Skopkan aiskrim ke atas roti.

3) Tutupkan aiskrim dengan sekeping roti lagi.

4) Tekan acuan telur yang bulat tu ( boleh guna acuan seperti di bawah ) supaya roti terputus ( Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar ) / gunakan cawan plastik ..

5) Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman.

6) Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2minit sahaja tapi pastikan minyak sudah betul-betul panas.





Roti putih... digelek sedikit untuk mendapatkan roti yang sederhana padat. 




 
Letakan aiskrim pilihan. 




Aiskrim lava coklat.




Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim . lepas tu ambil cawan (sesuaikan dengan saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah. Terus simpan dalam bahagian dingin beku peti ais.. 



 
Lebihan tepi-tepi roti tu jangan di buang.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..:)



Aiskrim roti yg telah siap. Dapat dalam 12 keping. Simpan dalam 3 jam atau semalaman 
sebelum di goreng.



 
Goreng dalam minyak yang panas. Sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ini di dalam kuali.. Balik-balikan hingga kekuningan dan siap boleh terus di makan.




Sangat sedap dan nyum nyum.. Selamat mencuba. :)






No comments:

Post a Comment