Bahan-Bahan Sotong Masak Kunyit Cili Api
400gm sotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
Perahan limau kasturi / nipis
Garam & sedikit gula
Minyak
Cara Menyediakan Sotong Masak Kunyit Cili Api
1) Gaulkan sotong dengan garam dan serbuk kunyit.
2) Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng sotong hingga 1/2 masak.
3) Angkat dan ketepikan.
4) Panaskan 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
5) Goreng hingga kekuningan dan masukan cili api dan daun kunyit.
6) Goreng hingga wangi dan masukkan sotong, garam dan sedikit gula ( jika suka )
7) Masak hingga sotong masak ( kalau terlalu kering boleh lah dimasukkan sedikit air )
8) Masukkan perahan limau kasturi / nipis dan padamkan api.
9) Kacau-kacau hingga sebati.
10) Angkat dan hidangkan.
Tip Masakan : Pada sesiapa yang nak cuba, kalau
kurang suka pedas-pedas, boleh kurangkan cili api yang digunakan ya. Mudah jer. :)
No comments:
Post a Comment