Bahan-Bahan Biskut Kacang Mazola
( 1 balang )
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
( Yang ini kita buat separuh tumbuk )
Separuh lagi blend, nak rasa kacang-kacang dia tue :)
100 gm gula -kisar halus
1 botol kecil Minyak mazola / secukupnya
Kuning telur - Untuk sapuan
Sedikit garam
Cara Buat Biskut Kacang Mazola
- Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
- Tuangkan minyak mazola sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
- Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.
- Sapukan atasnya dengan kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
No comments:
Post a Comment