Bahan-Bahan Kek Coklat Cawan Kukus
(A)
150 gm minyak masak/jagung
180 gm susu cair
200 gm gula kastor
220 gm susu krimer manis
1 sudu teh emulco coklat
(B)
50 gm serbuk koko
90 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik
(C)
3 biji telur, dipukul dengan
garfu hingga sebati
Cara Menyediakan Kek Coklat Cawan Kukus
1. Satukan bahan-bahan A dalam sebuah periuk. Kacau atas api perlahan sehingga gula hancur. Penting jangan sampai mendidih. Angkat dari api dan biarkan suam.
2. Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau rata.
3. Ayakkan bahan B dan masukkan ke dalam adunan A. Pukul dengan hand-mixer hingga adunan menjadi licin.
4. Rehatkan adunan 20 minit. Tuangkan ke dalam cawan-cawan kecil atau bekas aluminium dan kukus selama 20 minit hingga masak.
Siap pun. ;)
untuk resepi kek coklat kukus biasa
No comments:
Post a Comment