Tuesday, 2 December 2014

Sambal Nasi Lemak❤


resepi sambal nasi lemak chef wan




Permulaan cuti sekolah, sudah tentu membuatkan ibu-bapa tidak senang duduk untuk melayani kerenah anak-anak. Ada yang mahukan percutian, ada juga anak-anak yang mahukan ibu-bapa menemani mereka. Maklumlah bagi ibu-bapa yang berkerja ini peluang untuk menemani dan menghabiskan masa bersama-sama anak yang tersayang... Hari ini blog kuih raya, mahu menambahkan keceriaan ibu-bapa dan anak-anak dengan menyediakan resepi yang memang menjadi sinonim bagi menu seisi keluarga dan orang Malaysia, iaitu Sambal Nasi Lemak. Nasi lemak tanpa sambal yang sedap ia bukan sebuah nasi lemak yang diidam-idamkan. Hanya sambal yang sedap dan perkena merupakan pelengkap menu nasi lemak yang menjadi idaman setiap orang dan seisi keluarga.~







Bahan-Bahan Sambal Nasi Lemak : ( 4-6 orang makan )




3 biji bawang merah ( kisar )


1/2 labu bawang besar ( kisar )


Belacan bakar secukupnya ( kisar )


Segenggam ikan bilis ( dibersihkan )


3 senduk cili kering kisar (-/+)



Sedikit air asam jawa


Garam dan gula melaka secukupnya

1/2 labu bawang besar ( dihiris )









Cara Menyediakan Sambal Nasi Lemak



1) Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar diikuti cili kisar hingga pecah minyak.

2) Masukkan ikan bilis, garam dan gula melaka. Kacau lagi.

3) Kemudian masukkan air asam jawa dan bawang besar. Apabila bawang sudah layu, bolehlah dipadamkan api.

4) Angkat dan hidangkan.





***Cili kering direbus terlebih dahulu sebelum dikisar. Biasanya akan blend banyak-banyak dan simpan di dalam bekas bertutup dan kemudian dimasukkan ke daalam peti ais. Bila perlu, akan keluarkan. Boleh bertahan sampai 2-3 minggu lamanya.





Sambal Nasi Lemak Sedap

Mudah bukan.. :)



No comments:

Post a Comment