Friday 21 November 2014

Kek Lumut Kukus


Resepi Kek Lumut Kukus






Bahan-Bahan Kek Lumut Kukus : loyang 8" x 8"


  • 10 biji telur gred A 

  • 450g mentega berkualiti tinggi ( Golden Churn, Anchor, SCS ) 

  • 3/4 cawan gula kastor

  • 2 cawan nestum ( dikisar halus ) 

  • 1 cawan serbuk almond 

  • 1 cawan serbuk horlicks 

  • 1 cawan tepung hongkong / gandum ( diayak ) 

  • 2 sudu kecil esen vanilla 

  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap kopoe-kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh ) 

  • 1 cawan susu pekat manis 






     

    Cara Menyediakan Kek Lumut Kukus


1) Sediakan pengukus, didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung ( alaskan loyang dengan kertas minyak, jika mahu ).

2) Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla sehingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan hingga maksima.

3) Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati ( guna speed perlahan ). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.

4) Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sehingga sebati.

5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum. Kacau sebati.

6) Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter ( supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil ).

7) Kukuskan selama 4 jam. ( tambah air panas jika hampir kering )

8) Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment