Monday 27 October 2014

Apam Susu


Cara Buat Apam Susu




Hari ini, Irfan ingin berkongsi kepada semua mengenai Resepi Apam Susu. Resepi Apam Susu memang sebuah resepi yang amat popular ketika kita masih kecil lagi. Malahan bila usia meningkat dewasa kita tidak mampu melupakan apam susu yang benar-benar sedap, lembut dan gebu ini. ~



Bahan-Bahan Apam Susu

 


2 1/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan susu tepung

1/2 cawan gula

1/2 peket yis mauripan

1 1/2 cwn air suam

Sedikit esen pandan - jika mahu.









Cara Menyediakan Apam Susu


1) Campur semua bahan dan kacau sebati. 

2) Biar seketika dalam 30 minit. ( Boleh letak warna yang kita suka )
 
3) Panaskan kukusan, tuang dalam acuan kecil-kecil. Kukus sehingga 10 - 15 minit.
 
4) Hidang bersama kelapa parut yang dikukus. ( Gaul sedikit garam baru kukus )
 
 








Penyediaan Apam Susu

 Siap~~, memang sedap dimakan... :)

 


No comments:

Post a Comment