Sunday, 14 September 2014

Sizzling Yee Mee







Bahan-Bahan Sizzling Yee Mee ( 2-3 org makan )



  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee 

  • 5 ulas bawang putih 

  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4

  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa 

  • 3 biji cili kering- potong 2 

  • 2 sudu besar sos tiram 

  • 3 sudu besar kicap cair 

  • 1 sudu besar kicap pekat

  • 1/2 in halia- hiris nipis 

  • Serbuk lada hitam 

  • Garam- secukup rasa 

  • Beberapa titik Minyak bijan 

  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dengan sedikit air

  • Sedikit minyak untuk menumis 






     


    Cara Menyediakan Sizzling Yee Mee 



  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya. 

  • Masukkan ayam yang telah potong sehingga agak empuk. 

  • Masukkan 2 cawan air. 

  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih. 

  • Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain- tunggu hingga 2-3 minit.

  • Masukkan campuran tepung jagung dan kacau. 

  • Titikkan minyak bijan beberapa titik, jangan terlalu banyak :). 

  • Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas. 





No comments:

Post a Comment