Tuesday 20 May 2014

Tomyam Udang~



Resepi Tomyam Udang



ต้มยำ (Tomyam) (Thai)




Tiba-tiba pula tulis bahasa thai bila nak masak tomyam^^. Tomyam merupakan lauk kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia. Kombinasi tomyam semestinya sambal belacan dan telur dadar, wah terangkat! Masak tomyam taklah susah mana, yang penting rasanya cukup masam masin dan pedas! Okey mari kita cuba resepi tomyam ini.





 
Bahan-Bahan Tomyam Udang



-20 ekor udang

-2 batang serai

-Daun limau purut

-Sebiji tomato dibelah 4

-Cili padi

-Perencah tomyam adabi

-Cendawan tiram

-1 batang carrot

-Jus limau nipis

-6 biji cili padi

-1 inci lengkuas

-Daun ketumbar

-Bawang besar dibelah empat

-3-4 cawan air

-Garam secukup rasa






 

 

Cara Membuat Tomyam Udang



1. Didihkan air bersama serai dan lengkuas.

2. Setelah mendidih, masukkan daun limau purut dikuti tomato dan juga bawang besar.

3. Selepas itu masukkan pula perencah tomyam adabi. Kacau sehingga sebati.

4. Apabila mendidih, masukkan udang, cendawan, cili padi dan juga caroot. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan perahan jus limau nipis.

5. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan^-^ 














Kalau makan tomyam confirm kena hirup kuah, baru best dan pergh!!. :)







No comments:

Post a Comment