Friday 23 May 2014

Brownies Lapis Cheese Kukus❤

Resepi Lapis Cheese Kukus

Kombinasi rasa coklat dan keju yang lemak ini adalah sangat serasi ditambah pula dengan teksturnya yang agak lembab menjadikannya begitu istimewa dan tidak jemu dinikmati oleh sesiapa saja. Sekiranya anda penggemar brownies yang asalnya dari New England dan US ini semestinya juga anda menggemari brownies ini. 









Seringkali brownies dianggap sebagai kek kerana cara penyediaannya yang dibakar di dalam dulang kek dan rasanya yang seakan akan kek. Brownies yang paling sedap selalunya dicampurkan dengan berbagai jenis kekacang terutamanya walnut. Kini, kebanyakan Chef lebih kreatif dengan mencipta resepi brownies yang meletakkan berbagai bagai bahan seperti choc chips di dalamnya bagi mempelbagaikan citarasa dan menambah keenakkannya.




 

Resepi Brownies Lapis Cheese Kukus





Bahan-Bahan Brownies Lapis Cheese Kukus ( loyang 4segi 10" )


*500g campuran brownies kukus (premix)
*4 biji telur gred B
*75ml minyak masak
*200ml air
*5g baking powder
*5g soda bikarbonat


Inti Cream Cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
25ml air

Nota: Premix brownies boleh cari di kedai-kedai baking supply).





 

Penyediaan Brownies Lapis Cheese Kukus


~Campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer. Pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit.



 
Inti**
-Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang.
-Kemudian, masukkan telur, pukul lagi. (sekejap sahaja, untuk bagi rata^^)



Cara Lapis
-Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yang dah di alas dengan kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
-Masukkan pula inti. Kukus selama 15 minit lagi.
-Masukkan baki brownies kukus dan kukus selama 20 minit.



 
Nota: Balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang dengan aluminium foil, selepas itu kukus dengan api besar.








SIAP^^


Resepi Brownies Lapis Cheese Kukus


Silakan menjamu selera, nyum nyum......:)











No comments:

Post a Comment