Friday, 25 April 2014

Cheezy Cheese Balls❤

resepi cheezy cheese balls


Disebabkan kenaikan harga barangan, jom adik-adik dan akak-akak kita buat sendiri Cheezy Cheese Balls ni. Kalau beli dekat KFC berapa ball (bola) yang boleh kita dapat, kadang-kadang seperti makanan diberi pada kucing. Sudah tentu buat lagi baik, jimat duit dan jimat perut hahaha^^ (Maaf kalau lawak mengguriskan, termasuk pada kucing dan kerajaan, ini hanya lah lawak dan gurauan okey~ :D) 
 



Resepi Cheezy Cheese Ball



Sumber   : facebook Kak Chak

Credit Pitcture : mamafami.blogspot.com




Bahan-Bahan Cheezy Cheese Ball

 

3 Biji Kentang Bersaiz Sederhana

Tepung Gandum

Lada Sulah

Garam secukup rasa 

 
Cheddar Cheese (Keju Cheddar)

Putih Telur (dua biji pun ok)

Breadcrumb (serbuk roti)






 

Cara Menyediakan Cheezy Cheese Ball

 



1. Bersihkan Kentang, dipotong dadu dan rebus dengan sedikit garam sehingga lembut.


2. Tuang kentang ke dalam sebuah Colander (Penapis) dan letakkan kentang di sebuah mangkuk. Lecek kentang itu dengan lada dan garam jika mahu.

3. Masukkan tepung, sedikit pada satu masa sehingga doh menjadi lembut boleh dibentuk dan sehingga ia mudah mengendalikan.

4. Ambil sedikit doh (saiz bola pingpong) dan leperkan di tangan anda, letakkan sekeping kecil keju di tengah-tengah. Tutup dengan doh dan membuat menjadi bola. Ulangi hingga semua adunan selesai.


5.Celup cheese balls (bebola kentang) ke dalam putih telur. Kemudian menyalut ia dengan Breadcrumb (Serbuk roti).

6.Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk menggoreng. Goreng sehingga perang keemasan. Letakkan cheese balls (bebola kentang) ke atas mangkuk yang dialas dengan tisu atau kain.







penyediaan bebola kentang


 Hidangkan ^^...


 

 

2 comments:

  1. nampaknye cam sedap je ni mesti I nak try.....thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. #sewcookiecrumble, memang sedap yang penting kita dapat tahu cara membuatnya tak perlu susah-susah.. ;)

      Delete