Wednesday 12 March 2014

Teh 3 Layer


resepi teh 3 layer

Hai apa khabar? kepada semua follower2 blog buat kuih raya^^  Diharapkan semua sihat sekali. Hari ini Irfan ingin berkongsi Resepi Teh 3 Layer






Teh 3 Layer, aromanya yang wangi dan seakan-akan terbayang-bayang keenakkan dalam minda kita selepas meminumnya. Teh yang semakin digemari ini, harga secawan teh 3 layer di kedai agak mahal, baik kita membuatnya sendiri banyak kelebihan yang kita dapat^^



Credit To : dapurmalaysia.com


Bahan-bahan Teh 3 Layer ❋❋❋ (Untuk 2 gelas)


3 ucang teh

3 keping gula melaka

1/2 tin susu cair

Sedikit air

Ais

  

Penyediaan Teh 3 Layer



  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. 

  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.

  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika. 

  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan. 

  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.




Siap untuk diminum! (>‿◠)✌




resepi teh 3 layer, penyediaan teh 3 layer

Boleh kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat^-^




Sila Share dan Like yer ;)



 

No comments:

Post a Comment