Friday 14 March 2014

Resepi Kek Span Cheese

resepi kek span

Kek Span Cheese rasanya seperti gebu umpama kapas membuatkan kita tidak berhenti untuk menyuap. Sedap dimakan ketika panas dan suam. Menggunakan asas-asas (basic) Resepi Kek Span sahaja ditambahkan dan diolah sedikit dengan penambahan cream cheese. Maka terhasil Resepi Kek Span Cheese. 






RESEPI KEK SPAN CHEESE

 

Bahan-bahan (Saiz 9inci )



150g Tepung Super Fine


1 st serbuk penaik


150g gula kastor


5 biji telur gred A


1 sudu besar ovellete


80ml air biasa


80ml minyak/butter cair


250g cream cheese 


Cara Menyediakan Kek Span Cheese


  1. Cairkan cream cheese secara double boil. Sejukkan sebentar.

  2. Tepung super fine dan serbuk penaik perlu diayak terlebih dahulu.

  3. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan.

  4. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi. (tapi terletak kepada kelajuan pengadun itu sendiri) 

  5. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama beberapa minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan. 

  6. Tuangkan minyak atau mentega cair dan juga cream cheese ke dalam adunan dan gaul dengan senduk atau spatula sehingga sebati. 

  7. Sediakan tin pembakar bulat 9 inci atau 4 segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 150 –180 darjah celcius.

  8. Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan telangkup di atas redai kek. Dalam lebih kurang 5 minit, bagi mengelakkan kek kita kecut. 

  9. Kemudian boleh diterbalikkan semula kek, biarkan sejuk sebentar. Keluarkan kek dari loyang. Sejukkan di atas redai. 

  10. Kek dimasak menggunakan api bawah dan atas^^




    Kek span



    Siap Pun  ≥≧≦≤
                   .^◡^.
 
Credit to : linapg.blogspot



Share dan Like Ok..

 

No comments:

Post a Comment