Wednesday 5 March 2014

Resepi Mini Pizza


cara buat mini pizza

Pizza?? Semua orang mesti tahu pizza bukan? Hari ini Irfan ingin berkongsi resepi cara membuat Mini Pizza ini. Sebelum itu Irfan ingin berkongsi sejarah mengenai Pizza^-^




 

Sejarah Pizza


Perkataan Pizza berasal dari perkataan Latin "pìnsere" iaitu kata kerja Latin bermaksud "menekan". Pizza kalau mengikut sejarah berasal dari negara Italy, dalam daerah Naples. Pizza dalam sebutan Itali ialah "pittsa", adalah roti rata ketuhar-bakar biasanya diletakkan bersama-sama dengan sos tomato, keju dan pelbagai topping. Pizza moden dicipta di Naples, ia merupakan antara hidangan yang menjadi popular di seluruh dunia sehinggga masa kini.

 
Okey, mari teruskan dengan resepi Mini Pizza ini ;)



Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200ml air
  • 300g tepung roti
  • 14g gula
  • 3.5g garam
  • 16g shortening
  • 3g dry yeast
  • 6g susu tepung
  • Topping:
  • - pizza cheese
  • - mini tomato
  • - sosej
  • - asparagus
  • - sos tomato / sos pizza
  • - telur untuk sapu pada roti


Cara-cara Membuat Mini Pizza


1.Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan. 

2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada 10 bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit.
 

resepi mini pizza 
 
 
3.Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar diatas. Buat sehingga abis. Biarkan naik sehingga 2 kali ganda. 





resepi pizza mini, bagaimana membuat pizza 
 
4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letakkan topping di bahagian tengah/lubang. Topping ni boleh buat apa saja mengikut selera masing-masing^^. 
mini pizza malaysia 
 
 5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang. 
 

Apa apa pun pizza ini memang sangat sedap. Apa yang Irfan baca, pizza yang sedap adalah bergantung kepada pizza base yang enak, gebu dan lembut.




SELAMAT MENCUBA^^

No comments:

Post a Comment