Thursday 6 March 2014

Resepi Mee Goreng Basah

cara buat mi goreng basah


Terdapat beberapa jenis mee goreng, antaranya adalah seperti berikut.

  • Mee hailam
  • Mee goreng mamak
  • Mee goreng jawa
  •  Mee goreng basah 

Hari ini Irfan ingin menunjukkan cara-cara membuat mee
goreng pasar malam, oh silap mee goreng basah yang dimaksudkan hohohoho (<_>). Mee goreng basah ini merupakan hasil resepi Cik Sue. Terima kasih kepada Cik Sue^^ 



Credit to : jendeladapursurianti.blogspot.com



Car Buat Mee Goreng Basah

 

Bahan-bahan

@1 bungkus mee kuning

@Daging dipotong kecil

@Udang (boleh ditambah dengan sotong mengikut kesukaan)

@Fishball

@Fishcake

@Kicap manis

@1 biji buah tomato masak bersaiz besar dipotong dadu kecil (sebagai ganti kepada penggunaan sos dan rasanya lebih sedap berbanding penggunaan sos)

@1 sudu besar sos tiram

@2 biji telur

@3 ulas bawang merah (untuk tumis)

@3 ulas bawang putih (untuk tumis)

@2 sudu besar cili kisar (boleh ditambah jika suka pedas)

@Taugeh

@Kucai

@Sedikit air

@Minyak untuk tumis^^



Penyediaan Mee Goreng Basah 


1. Pertama sekali panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
 
2. Masukkan cili kisar, buah tomato yang dipotong dadu, sos tiram, kicap dan air serta daging. Untuk mee basah, air perlu dilebihkan sedikit, tapi jangan terlalu banyak, nanti jadi terlalu hanyut.

3. Bila telah mendidih dan daging juga telah empuk, masukkan garam serta gula secukup rasa. Masukkan fishball dan fishcake. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan mee dan dikacau rata. Kuiskan mee ke bahagian tepi kuali supaya kuali ada ruang kosong dibahagian tengahnya. Perlahankan api, pecahkan telur pada bahagian tengah kuali yang kosong tadi. Ambil mee yang dikuiskan pada tepi kuali dan timbuskan telur dengan mee.

5. Bila telur telah mula masak, masukkan sayur kucai dan taugeh. Kacau rata-rata^-^




resepi mi goreng basah
 

Siap pun ^-----^ Mudah bukan?? Memang sangat mudah. Boleh cuba di rumah ;) Kalau nak lebih kreatif boleh hiaskan dengan lada hijau yang dihiris, lobak merah yang dipotong kecil2 serta timun. Irfan pun dah tak sabar-sabar nak menjamu ni sebelum Mee Goreng Basah ni sejuk^&^. OK Byebye semua.





 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment