Wednesday, 19 March 2014

Resepi Kek Pisang ♡♡♡

resepi kek pisang



Irfan berbesar hati ingin menunjukkan cara-cara membuat kek pisang. 






Sebelum itu Irfan ingin memberi info tambahan sedikit mengenai Kek Pisang ini^^



Asal-usul Kek Pisang



Kek pisang merupakan sejenis kek yang sedap dan enak rasanya. Kek ini sesuai untuk hidangan minum petang.

Kek Pisang merujuk kepada sejenis kuih kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telor, minyak masak, gula, dan pisang. Doh yang terhasil kemudiannya akan dimasukkan kedalam bekas loyang dan dibakar dalam ketuhar dengan api perlahan sehingga naik dan masak. Terdapat juga orang yang menyediakannya dengan cara mengukus bagi memastikan kek pisang yang terhasil kekal gebu dan lembab.

Kek pisang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan manis. Ia juga sering dihidangkan dalam jamuan pejabat atau semasa mesyuarat kerana ia mudah dihidangkan, tahan lama, tidak melekit atau mengotorkan dan rasanya juga sedap.


 



Bahan-Bahan Kek Pisang ( 20 cm )


  • 2 biji pisang 

  • 140g butter 

  • 120g gula 

  • 2 biji telur 

  • 1 sudu kecil esen vanila 

  • 2 sudu besar fresh cream 

  • 1 sudu besar jus lemon 

  • 200g tepung gandum 

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat 
     
  • 1 sudu kecil baking powder


 

Cara-Cara Menyediakan Kek Pisang



  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.

  2. Asingkan putih dan kuning telur.

  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi. 

  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. 

  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan. 

  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan. 

  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati. 

  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit.



    P.S : (Untuk check masak atau tidak isi dalamnya, cucuk dengan garfu atau pisau nipis)

     

     

    Keluarkan dari oven dan sejukkan.

     

    penyediaan kek pisang

    SIAP...(✿◠‿◠)

     


     >>>Untuk pengetahuan semua follower-follower blog kuih raya, sekarang ini adunan kek pisang segera juga telah dijual di pasaraya dan boleh dihasilkan dengan mudah, dengan hanya menambah air dan telur sebelum dibakar. Ia biasanya dijual dalam paket kedap udara sebelum dimasukkan dalam kotak.


     

     




No comments:

Post a Comment