Tuesday, 18 March 2014

Kari Ikan Tenggiri

resepi kari ikan tenggiri


Hai apa khabar semua, dah makan? Hari ini Irfan nak share Resipi Kari Ikan Tenggiri yang ringkas. Mudah dan cepat disediakan. Kalau kita sebut Resipi Kari Ikan Tenggiri, mesti terbayang bau haruman rempah ratus yang menggoda, bau haruman daun kari rasa kelemakkan kuah yang bergabung dengan rasa pedas, masam dan rasa rempah yang unik. 




Rupa Ikan Tenggiri


Ok, bagi sesiapa yang tak pasti macam mana rupa Ikan Tenggiri, Irfan sertakan dengan gambar sekali, nanti kalau pergi ke pasar dengan mentua tak ler malu-malu^^ kalau mentua suruh belikan Ikan Tenggiri hohoho.

ikan tenggiri, rupa ikan tenggiri, asal-usul ikan tenggiri 
 
 

Bahan Kari Ikan Tinggiri


3 ketul ikan tenggiri yang telah dipotong.

3 sudu besar serbuk kari ikan- guna serbuk kari babas.

1 sudu kecil serbuk cili.

1 biji tomato- belah 4.

1 biji cili merah.

Beberapa biji cili api- belah tanpa putus.

Kacang bendi / terung.



Bahan Kisar:

 

1 biji bwg besar.

2 ulas bwg putih.


Bahan Tumis:

 

1 biji bawang besar- mayang.

3 ulas bwg putih- hiris.

1 tangkai daun kari.

sedikit halba campur.


 

Cara Menyediakan Resepi Kari Ikan Tenggiri 


  

1) Campurkan Serbuk kari + Bahan kisar + Sedikit air- Jadikan pes.

2) Panaskan 2 senduk minyak.

3) Tumis bahan tumis hingga garing.

4) Masukkan pes rempah + air sikit je.

5) Kecilkan api.

6) Masukkan cili merah + cili api + 2 bahagian tomato yang dibelah.

7) Tutup tudung periuk.

8) Biarkan hingga 5-7 minit.

9) Buka Tudung, kacau sekejap, jangan bagi kerak.

10) Masukkan air, anggaran mengikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

11) Masukkan garam + air asam jawa.

12) Masukkan ikan. Apabila ikan dah hampir masak, masukkan tomato dan bendi
biarkan sekejap. Tutup api.

13) Resepi kari ikan ini memang tak guna santan kalau nak guna pun boleh.

14) Untuk serbuk kari, guna cap babas. Kira separuh-separuh la.

15) Tak mahu pedas, abaikan serbuk cili.



cara buat kari ikan

SIAP<>


Sila Share dan Like^^

No comments:

Post a Comment