Sunday 7 July 2013

Cara Buat Kuih Berlauk

Kuih Cara Berlauk

-

Cara membuat kuih berlauk yang paling sedap dan menarik.. Irfan merasakan kuih cara berlauk adalah antara kuih yang wajib disediakan ketika hari raya atau semasa musim ramadan. Anda boleh mencuba membuat kuih cara berlauk bersama dengan keluarga anda..

 
cara buat kuih berlauk

 

Bahan-bahan kuih berlauk

 


KUIH CARA BERLAUK
Bahan untuk inti :
  • 1 cawan daging cincang /kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - di dadu kecil
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Garam dan perasa
  • 1 cawan air
Cara memasak inti :
  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan daging cincang/kisar, garam dan perasa.
  5. Kacau dan masukkan air.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sehingga inti kering.

Bahan-bahan untuk batter:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan dalam tin
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
Bahan-bahan tabur :
  • Hirisan daun sup
  • Hirisan cili merah
Bahan-bahan sampingan:
  • sedikit minyak masak di dalam cawan
  • 1 helai daun pandan yang dilipat dan diikat kemas dengan getah untuk menyapu acuan.

Cara membuat batter :
  1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau rata.
  2. Masukkan separuh bancuhan ke dalam blender dan blend sehingga halus dan sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam jug plastik untuk memudahkan proses membuat kuih cara.
  4. Kemudian masukkan baki bancuhan ke dalam blender dan buat seperti langkah tadi.
  5. Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api yang kecil.
  6. Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak menggunakan daun pandan yang telah diikat dengan getah.
  7. Tuangkan batter ke dalam semua lubang acuan sehingga agak2 penuh.
  8. Masukkan 1/2 sudu kecil inti ke dalam batter tadi. Tabur kan hirisan daun sup dan hirisan cili merah.
  9. Tutup acuan dengan tudung periuk yang sepadan dengan acuan dan biarkan sehingga masak.
  10. Angkat menggunakan sudu.
  11. Ulang langkah 6 sehingga habis. Selamat Mencuba!






  • Nota : Menghasilkan lebih kurang 30-40 biji kuih cara bergantung kepada saiz acuan.

  • Ini adalah cara-cara membuat kiuh berlauk..Hidangkan ketika ia masih panas memang sangat menyelerakan..

    No comments:

    Post a Comment