Tuesday, 9 July 2013

Cara Buat Biskut Badam


Cara Buat Biskut Badam


Adakah anda pernah membuat biskut badam?? kalau anda pernah membuat biskut badam anda masih ingat lagi step2 nya hehehe.. Kalau tidak pernah buat atau tidak ingat takpe..Irfan akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk buat biskut badam ini dari mula hingga akhir..




        Bahan-Bahan Biskut Badam

  • 375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cwn badam hancur
  • 2 cwn tpg jagung
  • 2 1/2 cwn tpg gandum (ayak bersama-sama)
  • Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang


       Cara-Cara Buat Biskut Badam..

  1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaul sebati je.
  2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.
  4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.
  5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu oven 160C.

Teng-teng dah siap...amacam mudah kan?...

biskut badam ranggup

 Sangat menyelarakan kalau buat dengan penuh teliti dan mendapatkan hasil yang diinginkan hehehe...

Untuk pengetahuan anda, biskut badam ini merupakan salah satu biskut yang menjadi keutamaan sesetengah orang ketika menyambut hari raya..Tanpa biskut badam ini mungkin sambutan raya pun macam tidak kena jer hehehe....

Kalau anda berminat untuk membeli panduan buat biskut raya ini, apa kata anda membeli buku panduan biskut raya daripada ''Joriah Nordin'' ini...Panduan yang diberikan sangat mudah dan berkesan kepada sesiapa yang berminat dalam menghasilkan biskut raya yang sedap dan menarik...



psss: mana tahu jiran anda pun turut berguru dengan anda lepas ini hehehe..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment