Bahan-Bahan Kek Marble Trio
( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus ( atau tepung gandum )*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung* ( *disatukan dan diayak )
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco
Cara Menyediakan Kek marble trio
1) Pukul mentega
sehingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan
mentega. Ketepikan dahulu.
2) Dalam mangkuk yang
kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3) Menggunakan
kelajuan yang tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti
adunan kuih baulu.
4) Perlahankan speed,
masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5) Bahagikan adunan
kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dengan
strawberi emulco dan satu yang adunan kosong dicampur dengan esen vanila.
( Perisa bergantung pada kehendak tersendiri )
6) Lenser tin kek
berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan
kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli sehingga
habis.
7) Bila sudah siap.
Ambil chopstick atau sudu ( gunakan tangkainya ). Buat beberapa
pusingan pada adunan kek tadi. Penting Jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 -
4 kali pusingan. :)
8) Bakar dalam oven
yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung
pada oven masing-masing. Jika selepas 45 minit dan apabila dicucuk dengan
lidi satu dibahagian tengah-tengah kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan
tin kek dengan tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi.
Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin
dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk
mengelakkan kek hangus pada permukaannya.
No comments:
Post a Comment