Monday, 9 February 2015

Resepi Blueberry Cheesecake



Cara Menyediakan Blueberry cheesecake



Credit Photo to : My resepi

Bahan-Bahan Blueberry cheesecake

( 18 cm )



80g Graham cracker / biskut digestive atau apa-apa biskut yang sesuai


40g butter


200g cream cheese


30g gula halus


1 biji kulit lemon


4 sudu kecil madu


60g plain yogurt


70g fresh milk


12g gelatin - Cairkan dengan 3sb air suam


125g fresh cream


1 biji jus lemon


6 sudu besar jem blueberry


70g blueberry fruit








Cara Menyediakan Blueberry cheesecake




1) Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.





2) Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.



3) Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yang boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.





4) Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.

5) Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yang ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.

6) Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Selepas itu masukkan gelatin. Kacau lagi.




7) Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yang telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.

8) Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.

9) Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.




10) Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. Masukkan pula adunan yg selebihnya.



11) Simpan dalam peti ais sehingga beku. 





No comments:

Post a Comment