Friday 12 December 2014

Minuman Cikung


Resepi Cikung






Bahan-Bahan Minuman Cikung 

( Sekeluarga boleh makan diulang-ulang )



  • 150 gm mata kucing kering (dried longan )

  • 4 liter air

  • 10 helai daun pandan disiat dan simpul

  • Gula pasir secukup rasa

  • 1/2 cwn sago besar
( direbus sehingga kembang kemudian siram dengan air paip untuk hilangkan kanji nya )

  • 1/2 cwn barli
( direbus empuk siram dengan air )

  • Secukup buah kembang semangkuk >> Rendam hingga kembang dan buang urat & kulit ari

  • 1/2 cwn halwa kundur >> Hiris tipis dan rebus untuk hilangkan rasa gula nya yang teramat sangat..

  • 1 buku keledek oren >> Racik kasar dan direbus empuk

  • 1/2 tin gingko nut / lotus seed (biji teratai ) >> Pilihan nak rebus ataupun tidak







Cara Menyediakan Minuman Cikung

 

 


1) Rebus air dan pandan hingga mendidih. Biarkan ia merenih sekejap. Keluarkan daun pandan.





2) Masukkan mata kucing, masak hingga ia kembang dan bercerai-cerai menjadi sebiji-biji..
( Sebab mata kucing kering, selepas dibeli dia akan melekat-lekat berketul-ketul ) 






3) Masak mata kucing Jangan sampai lembik, biar ada rasa rangup-rangup. Kemudian keluarkan mata kucing dari air rebusan. Gunakan senduk yang berlubang-lubang lebih senang.





4) Tapiskan air rebusan tadi ke dalam periuk yang lain dan jerang semula. Baru masukkan gula mengikut citarasa masing-masing. Biarkan mendidih sebentar, boleh matikan api.




5) Untuk menghidang. Boleh letakkan bahan-bahan isi ke dalam mangkuk kemudian tuangkan air mata kucing tadi. Selesai boleh dimakan. :)







Kalau nak hidangkan sejuk masukkan dalam peti ais dulu. 
Tetapi setengah orang suka hidangan yang panas.






No comments:

Post a Comment